Monday, January 20, 2014

+++ Think Positive, Be Positive, Stay Positive +++

Hidup tak selalunya indah. Tapi, kita ada kuasa untuk memilih. Saya sendiri seorang yang optimis dan sentiasa memilih untuk menjadi postif. Pilihan kita mempengaruhi diri, sekeliling dan juga mengembalikan kegembiraan. ^^,

Choose positive and spread the happiness!





SENYUM SOKMO





K.I.T.A. Kata : Gambar ini hasil carian di internet. Saya suka 'save' pelbagai imej positif dan menarik. Maaf, tak dapat mengenal pasti pemilik asal gambar ini. 



Wednesday, January 8, 2014

Tawaran Pelantikan PPPS DG41

Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan rezeki ini hasil daripada usaha selama 5 tahun setengah (tidak termasuk 12 tahun tempoh bersekolah). Terima kasih kepada barisan pendidik, emak, abah, keluarga dan rakan-rakan serta mereka yang telah berjasa kepada diri ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas doa dan jasa kalian. ^^,





MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
(SURAH AR-RAHMAN)





K.I.T.A. Kata : Permulaan kepada realiti kerjaya.

Wednesday, January 1, 2014

Ada Apa Dengan K.I.T.A.

K.I.T.A. merupakan akronim yang bermaksud Kisah Indah Tiada Akhirnya. Perkataan ini diilhamkan ketika saya cuba menyiapkan tugasan ketika di tahun kedua pengajian di IPG. Sewaktu itu saya sedang berfikir satu perkataan yang ringkas yang boleh menggambarkan kisah saya dan mereka yang telah hadir di dalam hidup selama ini. Hasilnya, terciptalah K.I.T.A. yang menggambarkan saya, mereka, anda dan juga cerita yang telah tertulis selama hayat ini.





CERIANYA KEHIDUPAN SEINDAH PELANGI ^^,





K.I.T.A. Kata : Permulaan kepada fasa baharu kehidupan.